Thursday, June 14, 2012

Umrah 2012 - Part 3


JABAL RAHMAH - BUKIT KASIH SAYANG 

Jabal Rahmah merupakan tempat pertemuan antara Nabi Adam as dengan Hawa yang  diusir dari Syurga setelah melanggar perintah Allah. Mereka dicampak ke bumi dan terpisah jauh antara satu sama lain dan setelah 40 tahun barulah dipertemukan di Padang Arafah bererti padang tempat pertemuan Adam dan Hawa.Semoga sejarah yang tercatat akan lebih mendekatkan diri kita kepada Yang Maha Pencipta.

Sebelum ini andai berkesempatan ke Jabal Rahmah, saya senang berada di bawah dan tak terdetik untuk mendaki bukit. Bagaimanapun sejak kebelakangan ini hati saya bagai dipujuk agar mendaki hingga ke kemuncaknya. Mengambil peluang sedikit bersusah payah mendaki Bukit Rahmah dengan berjubah, berhati-hati di setiap langkah memijak batu yang licin memberikan satu kepuasan yang sukar digambarkan. Apalagi bila memandang keindahan Padang Arafah dan sekitarnya. Melihat pelbagai telatah dan ragam manusia yang berada disini kadang-kadang membuat saya tersenyum sendiri.

Kesyahduan dan keinsafan muncul dalam diri mengingatkan lebih-lebih lagi bila dijemput menjadi tetamuNya untuk berwukuf...Ya Allah..termampu ku persembahkan dosa-dosa kepadaMu..Ampunkanlah dosaku Ya Robb..

Ramai yang mengambil peluang menulis nama atas tugu tapi perlu banyak berhati-hati ketika disini. Awasi barang milik kita. Perkhidmatan di sini  tiada yang percuma, semua yang ingin kita guna ada nilai bayarannya seperti menulis di tugu menggunakan marker yang disediakan. Begitu juga aksi jurufoto yang memaksa jemaah menggunakan khidmatnya,  sehingga ada jemaah yang kena membayar  beratus riyal untuk beberapa keping gambar.

Jom layan beberapa gambar yang sempat dirakam. .



Yang ini gambar tahun 1997...

 
Teringat saya semasa mula-mula menjejakkan kaki ke Jabal Rahmah pada tahun 1997. Pada masa tersebut kawasan tersebut masih tandus, pohok yang ditanam masih kecil lagi. Sekarang kawasan Padang Arafah tidak seperti dulu, kering kontang tanpa tumbuhan tapi  kini menjadi padang yang subur menghijau.

Yang ini gambar tahun 1997...Masa ni gaya tudung polkadot...
Cantikkan pemandangan disini...


Yang ini pula bersama sahabat dari Libya, manis dan ramah sungguh orangnya.

JABAL UHUD

Andai ingin melihat gunung yang ada dalam syurga, ziarahlah Jabal Uhud/Bukit Uhud. Rasulullah saw bersabda Bukit Uhud adalah salah satu gunung-gunung yang ada di Syurga (Hadith Riwayat Bukhari)
Menurut Sejarah Islam yang tercatat, peperangan dasyat yang tercetus pada tahun 3 Hijrah antara tentera Quraish dan tentera Islam yang berakhir dengan kekalahan di pihak tentera Islam.   Amanat Rasulullah saw tidak diendahkan. Bila sikap  tidak berdisiplin dan tamak mulai timbul  dalam diri untuk memiliki harta perang. Akhirnya kemenangan tentera Islam di Bukit Uhud menjadi satu kehancuran.

Menjejakkan kaki ke Jabal Uhud menitiskan keinsafan bagaimana Rasulullah s.a.w. dan para sahabat menegakkan syiar islam sehingga ketitisan terakhir. Terbukti darah syahid yang akan menjadi saksi sehingga  kiamat masih utuh ditubuh para sahabat.








Bersama Anita Sarawak (asal dari negeri Sarawak), Ayang dan me.

REZEKI KE RAUDHAH



Alhamdulillah, urusan saya ke Raudhah kami ini amat mudah. Walaupun kumpulan kami terpaksa berkumpul di stesyen terakhir agak lama tetapi kami benar-benar merasa puas. Keadaan yang agak lapang dan tidak tersesak-sesak menjadikan saya begitu sebak dikala memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Keluar sahaja dari pintu 25A saya terpandang satu wajah yang sangat familier..rupanya sicantik manis Irma Hasymi bersama Heliza. Akak  ni pun tak lepas peluang, bukan senang nak tangkap gambar dengan aretis ni kan..huhu





Itulah antara catatan perjalanan umrah kali ini. Saya amat bersyukur segala urusan dipermudahkan oleh Allah. Semoga saya berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci lagi. Ameen.