Thursday, June 30, 2011

Meja kopi ku



Satu hari masa kita ke Chow kit beli barang sikit, ternampak satu kedai buat lelong. Nak tutup kedai pasal tak laku. Kita pun apa lagi...laju ler melangkah...tapi kan..ala.. tak ada apa sangat...PML yang dijual tu bukan spesis terancam dan pupus...berlambak lagi kat kedai sekitar.



Belek-punya belek dapatlah seketui acuan buat bahulu...itupun tutup elek..jadi ler dari tak dapat langsung. Sebelum beredar, ternampaklah sepasang meja ni nak jual gak...kita tengok nampak mcm menarik...keadaan pun tak ler parah sangat...apa lagi sapu ler...dapat ler dengan rega RM35 utk sepasang..hehehe..hepi juga lah.

Kata apek tu, meja ni memang jenis lama, masa dia kecik pun dah ada. Kayu nyatoh kata apek tu.
Masa apek tolong hantar meja ni ke kereta..ada ler sorang pak aji tu menghampiri kami.

`tokey...mau buang ka itu meja..kasi saya boleh...'



`aya aji..itu amoi sudah beli la...' kata apek tu.


Saya hanya tersenyum memandang...


Puas juga pakcik tu memujuk tapi saya memang sayang nak lepaskan meja tersebut. Akhirnya dengan perasaan sedikit hampa, pakcik pun mengalah. Saya pun menunjukkan lokasi kedai tersebut...mana tau kat situ ada lagi rezeki pakcik nak dapatkan barang2 lama yang diidamkan....
Saya suka bentuk meja ini. Tengok bahagian kakinya...lentik..nampak klasik sangat.

Meja ni saya letak kat luar rumah je..pasal saya cadang nak mekapkan supaya nampak cantik...gosok guna kertas pasir..tapi projek tergendala separuh jalan. Sebabnya...kayunya tersangat keras...akhirnya tak larat saya nak gosok lagi...lenguh tangan dibuatnya. Minta tolong kat En Suami...buat derk je dia...alahai.. berbelak-belak le jadinya...

Tengoklah esok lusa kalau rajin..kalau tak...nampak gaya bermekap separuh jalan la projek meja ni nampaknya...

Itu lah dia kisah si meja sisi...nak gempak je tadi...tapi sebenarnya tak menarik pun kan..kan..kann


Sampai jumpa lagi...

Sekapur Sirih Seulas Pinang


Sekapur Sirih Seulas Pinang Seulas Pinang
Diberi bekal diberi bekal buat perangsang
Pergilah intan pergilah intan pergilah sayang
Ketengah medan ketengah medan pergilah berjuang

~~~~~

Sirih junjung sirih pinang
Sirih kami susun bertingkat
Adat dijunjung pusaka dikenang
Bangsa berbudi hidup muafakat


Sirih junjung sirih pinang
Sirih kuning diberi nama
Adat dijunjung pusaka dikenang
Hidup berbudi muafakat bersama


Sinonimnya sirih dan pinang dalam kehidupan masyarakat Melayu hingga banyak pantun dan seloka yang berkaitannya. Didalamnya terserlah tingginya budi masyarakat Melayu yang menggambarkan harmoni kehidupan bermasyarakat.


Sekadar cuci mata dengan tepak siri yang saya ada. Satu lagi bekas air mawar telah di wakafkan kepada teko tembaga sebagai topinya.. boleh tengok dalam entri terdahulu.

Kalau ada umur panjang, bekas tepak sirih ini yang akan menjadi pembuka kata majlis meminang..ewah-ewah...berangan pulak ye...jauh lagi tu..anak-anak masih sekolah lagi....

Bekas Celak tembaga



Salam Jumaat yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan. Pagi yang indah ini ingin dikongsi dengan beberapa ketui bekas celak tembaga yang saya ada. Dulu saya kurang berminat untuk mejadikan bekas celak ini sebagai hiasan.
Pertengahan tahun 90an, saya banyak membeli bekas celak bersaiz kecil untuk dihadiahkan kepada teman-teman. Masa tu memang tak minat nak menyimpan. Zaman berubah dan fungsi bekas celak ini telah dipelbagaikan.
Melihat deretan bekas celak yang kemas bersusun dirumah seorang kawan, hati terpaut dan pada saya rasa terserlah kecantikan dan keunikan tersendiri dalam bekas celak ini.

Ini adalah antara bekas celak yang saya ada...






Cuma ada 4 ketui jek



Yang ni tak tau nak namakan bentuk apa...ada cermin..leh tengok senyum tu manis atau tawar..huhu
Yang ni cun gak...mcm piala...

Bentuk ni mcm bunga pahar sikit


Bekas celak ini saya letak disudut rumah dan barang ini adalah antara barang kegemaran anak-anak saya...dijadikan mangsa untuk mainan kegemarannya..apa lagi kalau bukan main jual-jual...memang laku..hehehehe


Ok...jumpa lagi.