Thursday, June 30, 2011

Bekas Celak tembaga



Salam Jumaat yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan. Pagi yang indah ini ingin dikongsi dengan beberapa ketui bekas celak tembaga yang saya ada. Dulu saya kurang berminat untuk mejadikan bekas celak ini sebagai hiasan.
Pertengahan tahun 90an, saya banyak membeli bekas celak bersaiz kecil untuk dihadiahkan kepada teman-teman. Masa tu memang tak minat nak menyimpan. Zaman berubah dan fungsi bekas celak ini telah dipelbagaikan.
Melihat deretan bekas celak yang kemas bersusun dirumah seorang kawan, hati terpaut dan pada saya rasa terserlah kecantikan dan keunikan tersendiri dalam bekas celak ini.

Ini adalah antara bekas celak yang saya ada...






Cuma ada 4 ketui jek



Yang ni tak tau nak namakan bentuk apa...ada cermin..leh tengok senyum tu manis atau tawar..huhu
Yang ni cun gak...mcm piala...

Bentuk ni mcm bunga pahar sikit


Bekas celak ini saya letak disudut rumah dan barang ini adalah antara barang kegemaran anak-anak saya...dijadikan mangsa untuk mainan kegemarannya..apa lagi kalau bukan main jual-jual...memang laku..hehehehe


Ok...jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment