Wednesday, February 29, 2012

Maafkan saya.

Sekadar peringatan untuk diri sendiri. Seringkali kita beranggapan bila kita telah berbelas tahun mengenali hati budi masing2, teman kita dapat menerima kelemahan diri kita dan boleh bertolak ansur dengan kita. Hal yang sama berlaku diluar jangkaan saya.  Gurauan dan usikan biasa saya  sekadar untuk menceriakan suasana, tapi siapa sangka akan ada hati yang terluka.  Saya sangat terkilan, tiada niat pun seperti yang disangka da ini adalah antara msj yang saya terima darinya.

Salam kak siti. Maaf klu msg xxx singgung perasaan akak. Cuma, nak memujuk hati sendiri. Dah berbelas tahun kita kenal tapi entah kenapa gurauan kak ct semalam membuatkan xxx menitiskan air mata. Terusik sgt perasaan ni. xxxxx tahu kak ct takde niatpun nak menyindir xxxx. xxxx tgkpun kak ct makin rapat dgn budak2 tour tu n xxx langsung x berniat nak putuskan persahabatan kalian. Mmg xxxx sorang didepan.., korang sajelah tempat xxxx nak berborak. Tiada niat utk memutuskan silaturrahim ini. Maafkan xxxx.

Ini adalah anta bait-bait balasan msj dari saya:-

Wsalam xxxx…Yang pertamanya, saya nak mohon berbanyak maaf..sejujurnya tiada niat langsung nak menyinggung perasaan sesiapa.. berbelas tahun kita mengenali dan rasanya ini bukan kali pertama kita bergurau sedemikian, ada kalanya gurauan kedua belah pihak yang keterlaluan tetapi dapat diterima oleh keduanya...silap saya juga, bergurau mungkin tidak kena tempat dan masa..tak terlintas nak buatkan hati kawan terluka sehingga menitiskan air mata.. maaf kalau sekali lagi buat xxxxx terasa. Dapat teman baru, tinggalkan yang lama, itu bukanlah sikap saya. Hakikat yang harus diakui, saya memang bukan kawan yang baik yang pandai menjaga hati teman yang lain. Sesungguhnya saya hanyalah insan kerdil serba kekurangan yang sentiasa cenderung melakukan kesilapan, terima kasih kerana sudi menyedarkan dari kesilapan tersebut. Semoga saya dapat memperbaiki diri dan guruan di masa akan datang. Sekali lagi dengan rasa rendah diri memohon maaf atas keterlanjuran, semoga jalan perdamaian akan dibukakan olehNya….


Seharusnya saya perlu mengambil banyak iktibar dari apa yang berlalu. Kalau hari ini orang boleh bergurau kasar dengan kita, esok lusa belum tentu kita boleh bergurau yang sama dengannya. Semakin lama kita mengenali seseorang, semakin sukar untuk kita menjaga hatinya. .




Nota: Catatan ini hanyalah sebagai peringatan peribadi tidak berniat untuk menyinggung perasaan sesiapa. Coretan ditulis untuk dijadikan panduan dimasa akan datang agar kesilapan diri tidak berulang lagi.


Set Teko Pink Untuk Dijual

Set Teko Pink untuk dijual.

1 Teko
5 cawan
5 alas cawan
1 sugar pot
1 creamer

Keadaan sangat cantik, tiada retak atau sumpik.

Berminat boleh kol atau sms: 016-6077762.