Ini adalah antara teko sakura yang saya ada.
Teko sakura ini adalah pemberian dari emak. Sayang sangat saya kat teko ni. Emak kata dia dapat teko ni dari datuknya semasa dia kecil. Dulu-dulu saya tak pernah berkesahpun tentang teko ini. Satu hari tu tengah mak berkemas2 pinggan mangkuknya, terjumpalah teko ini. Berceritalah serba sedikit tentang kisah teko ini. Sukanya hati saya bila mak bagi teko ni. Mak kata simpanlah untuk kenangan. Suka dan sayu pula bila mak kata macam tu.
Walaupun teko ini dah berusia lebih dari 50 tahun tapi keadaannya masih cantik lagi cuma ada sedikit chip di mulutnya. Tapi itu tak menjejaskan kasihku kepadanya.
Tengok dari chop mohornya Made In Japan. Ini adalah antara teko Japan yang saya ada.
SAKURA BULAT
Sakura bulat ini saya dapat masa mula-mula saya berkecimpung dalam PML. Seronok sangat bila dapat beli terus dari apek macam `dunia ini ana yang punya'...
Dibandingkan antara kedua-dua sakura di atas memang terdapat sedikit perbezaan bunganya. Sakura Jepun dalam bunganya ada sedikit kehijauan tetapi sakura China berbunga putih sahaja.
SAKURA MINI
Saiz sakura yang ini agak kecil sedikit berbanding 2 lagi teko sakura yang saya ada. Bunganya sama dengan teko bulat sebab kedua-duanya sama dari China.
Istimewanya teko ini saya dapat dari pasar karat semasa saya bertugas di Mekah. Selepas selesai solat Maghrib dan Isya, saya suka meninjau pasar karat yang ada disitu. Kebiasannya orang kulit hitam (mak itam) yang berjual dan harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Berjual beli dengan mak itam ni kena cepat sebab baladiah (polis arab) anytime akan datang merampas barang jualan. Kadang tu tengah sibuk memilih barang, tiba-tiba saja mak itam rampas barang yang ada ditangan dan lari bersama barang-barang jualannya. Kami hanya memerhati bersama simpati. Sukarnya mencari rezeki untuk mereka biarpun rezeki yang ada sepatutnya sama untuk berkongsi.
Masa tu tak terfikir pula nak ambil gambar suasana tersebut. InsyaAllah kalau ada kesempatan lain, saya akan cuba rakamkan suasana tersebut.
Ok..jumpa lagi di lain siaran..Wassalam.