Wednesday, February 29, 2012

Maafkan saya.

Sekadar peringatan untuk diri sendiri. Seringkali kita beranggapan bila kita telah berbelas tahun mengenali hati budi masing2, teman kita dapat menerima kelemahan diri kita dan boleh bertolak ansur dengan kita. Hal yang sama berlaku diluar jangkaan saya.  Gurauan dan usikan biasa saya  sekadar untuk menceriakan suasana, tapi siapa sangka akan ada hati yang terluka.  Saya sangat terkilan, tiada niat pun seperti yang disangka da ini adalah antara msj yang saya terima darinya.

Salam kak siti. Maaf klu msg xxx singgung perasaan akak. Cuma, nak memujuk hati sendiri. Dah berbelas tahun kita kenal tapi entah kenapa gurauan kak ct semalam membuatkan xxx menitiskan air mata. Terusik sgt perasaan ni. xxxxx tahu kak ct takde niatpun nak menyindir xxxx. xxxx tgkpun kak ct makin rapat dgn budak2 tour tu n xxx langsung x berniat nak putuskan persahabatan kalian. Mmg xxxx sorang didepan.., korang sajelah tempat xxxx nak berborak. Tiada niat utk memutuskan silaturrahim ini. Maafkan xxxx.

Ini adalah anta bait-bait balasan msj dari saya:-

Wsalam xxxx…Yang pertamanya, saya nak mohon berbanyak maaf..sejujurnya tiada niat langsung nak menyinggung perasaan sesiapa.. berbelas tahun kita mengenali dan rasanya ini bukan kali pertama kita bergurau sedemikian, ada kalanya gurauan kedua belah pihak yang keterlaluan tetapi dapat diterima oleh keduanya...silap saya juga, bergurau mungkin tidak kena tempat dan masa..tak terlintas nak buatkan hati kawan terluka sehingga menitiskan air mata.. maaf kalau sekali lagi buat xxxxx terasa. Dapat teman baru, tinggalkan yang lama, itu bukanlah sikap saya. Hakikat yang harus diakui, saya memang bukan kawan yang baik yang pandai menjaga hati teman yang lain. Sesungguhnya saya hanyalah insan kerdil serba kekurangan yang sentiasa cenderung melakukan kesilapan, terima kasih kerana sudi menyedarkan dari kesilapan tersebut. Semoga saya dapat memperbaiki diri dan guruan di masa akan datang. Sekali lagi dengan rasa rendah diri memohon maaf atas keterlanjuran, semoga jalan perdamaian akan dibukakan olehNya….


Seharusnya saya perlu mengambil banyak iktibar dari apa yang berlalu. Kalau hari ini orang boleh bergurau kasar dengan kita, esok lusa belum tentu kita boleh bergurau yang sama dengannya. Semakin lama kita mengenali seseorang, semakin sukar untuk kita menjaga hatinya. .




Nota: Catatan ini hanyalah sebagai peringatan peribadi tidak berniat untuk menyinggung perasaan sesiapa. Coretan ditulis untuk dijadikan panduan dimasa akan datang agar kesilapan diri tidak berulang lagi.


Set Teko Pink Untuk Dijual

Set Teko Pink untuk dijual.

1 Teko
5 cawan
5 alas cawan
1 sugar pot
1 creamer

Keadaan sangat cantik, tiada retak atau sumpik.

Berminat boleh kol atau sms: 016-6077762.

Sunday, February 26, 2012

Apa seronoknya hunting ni...

Saya tak tahu bagaimana nak meluahkan keseronokan pabila berjaya menghunting sendiri PML yang saya disukai. Ini antara saucer kopitiam yang saya dapat. Perasaan antara suka dan geli bercampur baur. Bila terbayang segala keladak yang tertempek, huh..rasa tak sanggup nak tengok.
 Kalau tengok dari gambar yang ada, bukan kecantikan dan keindahan yang ditunjukkan hanya kotor  menjijikan yang disajikan.

 Ini adalah hasil terjahan di Jalan Pasar. Kalau ikutkan, memang tak mo nak beli kat kedai ini..Dah la harga mencekik leher, tokeynya pulak sombong nak mam***..Tetapi setelah beberapa kali berurusan dengan tokey ini, rupanya masih boleh bertolak ansur dengannya.

Saucer kopitiam biru, coklat dan hijau.
Saucer kopitian coklat.
 
 Kekotoran tahap melampau.
Taraaa........Siapa sangka kan, bila dah berspa dan berwangi...ini hasilnya...Memang berbeza kalau nak dibandingkan dengan kopitiam repro yang banyak dipasaran sekarang. Coraknya yang cantik, licin berkilat. Menurut tokey tersebut, piring ni memang dah lama, lebih dari 50 tahun. Teman ni memang berkenan betul dengan cawan kopitian nih, tapi sampai saat ni tak berjumpa2 dgn cawannya lagi. Harap2 janganlah hanya piring jer yang kita ada, mudah2an akan berjumpa ler suku sakatnya yang lain.

Berehat sebentar sehingga berjumpa dilain keluaran...Wassalam

My Sweet VCR

Entri kali ini berkisah tentang kecantikan set VCR. Bermula dengan beberapa buah pinggan 
makan pemberian bondaku, saya teruskan pencarian( kebanyakan secara online) untuk 
memburu keluarga VCR ini. 

Kesemua teko  ini adalah antara hunting secara online. 
Teko siku, montok dan bulat.
Cawan cinonet ini dari cik Aida sempoi. Memang cun sebab NOS. Kalau tetamu datang, idak ler teman hidang air guna set ini, nanti tetamu kata kita ni bakhil pulak...keh keh keh.
Set cawan ML dari Japan, yang ini beli di Mudah. Harga pun murah jer.
Ini pula cawan ML dari China.



 Cawan bentuk A dari Nannie.



Teko Nescafe Gold saya pinjamkan sementara sebagai ibu tumpang untuk anak2
 mini yang tidak mempunyai ibu.
 Jom cuci mata dengan set yang ada sebelum saya mengundur diri untuk seketika.

Hingga ketemu di lain waktu..daaaaa

Wednesday, February 15, 2012

Sakura Putih (Jepun & China)

 Alhamdulillah, bersyukur atas rahmat Ilahi akhirnya kini sakuraku semakin membiak..Impian untuk memiliki teko kotak pun dah terlaksana...Ini adalah antara ahli keluarga sakuraku, walaupun tak sebanyak teman-teman yang lain...

Musim bunga datang menyapa
Cantik sakura dipandangan mata

Ini saja paten teko yang ada...bulat, kotak dan kenit..
 Teko kopitiam..
ada yang kaler terang,
ada juga yang dah dah kusam.
 Yang ni pula kopitian comel.
Teko kotak pertama..
 Yang ni paling kita suka, cantikkan patennya...
warna dan coraknya masih jelas..
 Perhimpunan sakura putih China..sekadarnya
Gandingan Jepun dan China..bersatu di alam maya.



Terapi minda dikala duka...semoga berjumpa dilain masa.

Salam sayang..