Monday, March 26, 2012

Ya Allah Mudahkan urusan ku



Mengapa ya,  hari ini hati jadi gundah gulana...
sepanjang perjalanan pulang ke rumah, hati tak putus-putus berkata-kata sendirian..
Lepas zohor tadi, baru dapat surat dari HR..berdebar-debar hati kala membuka surat tersebut...
Mata terpana seakan terpaku seketika dikala membaca bait-bait surat bertarikh 26 Mac 2012..
"puan diarahkan untuk bertugas di Tanah Suci pada 29 Mac - 9 April 2012"

Ya Allah...dalam tempoh tak sampai 3 hari saya diarahkan untuk ke Mekah...
saya terkaku seketika, tak tahu nak fikir apa...mata terus berkaca...

Terus capai telefon maklum pada suami...tapi dia tenang saja, kalau dah arahan..ikut sajalah..
Bulan Disember lepas baru balik dari Mekah untuk bertugas musim haji, Bulan Jan ke Jakarta, Februari ke Singapura dan baru 15 Mac lepas balik dari Beijing...dan minggu ini saya akan meninggalkan keluarga lagi utk seketika..Saya tak dapat bayangkan suami menguruskan anak2 sekolah, memohon kudrat umi (pengasuh anak untuk membantu..

Kalaupun saya diarahkan untuk bertugas ke sana, maklumkanlah seawal mungkin agar dapat saya bersedia. Persediaan bukan sekadar mengemaskan pakaian ke dalam beg tetapi lebih dari itu...melibatkan anak-anak kecil yang masih perlu dipimpin tangannya..

Semoga segala urusan akan dipermudahkan  atau tangguhkan ke suatu tarikh yang bersesuaian..Amin Ya Rabb

Saturday, March 17, 2012



Set terdiri dari:
1 unit teko
1 unit creamer
1 unit sugar pot (ada sedikit chip seperti gambar)
8 unit cawan
8 unit saucer
Keadaan semuanya baik, cun dan tiada stain.

Harga: RM140.00 termasuk pos.
Berminat boleh call/sms: 016-6077762