Friday, June 17, 2011

Di Sini Cintaku Bersemi




Merah dan putih....gabungan serasi yang saya sangat suka...
Saya mula jatuh cinta dengan set ini semenjak saya terjumpa pinggan makan di kedai 2nd hand di Ampang Point...tentu dah boleh agak kedai apa tu...

Bermula dengan 4 keping pinggan makan yang saya dapat, saya teruskan pencarian sehinggalah kini saya dah memiliki hampir 2 dozen pinggan. Semuanya hasil hunting dilubuk favorite saya...

Teko langsing dan cawan saya dapat dari Kak Nur Salam Sarawak...satu lagi teko masih dalam perjalanan iaitu teko labu montok...

Teko Sirip yu saya dapat hasil barter dengan Shima dari Qaseh Creation..terima kasih Shima kerana sudi barter dengan saya. Pada awalnya saya nak beli teko tersebut tetapi dimaklumkan oleh Shima teko tersebut mempunyai hairline yang sangat jelas. Akhirnya berjaya juga saya mendapat teko idaman saya. Hair line tersebut saya lupakan seketika sebab terletak di bahagian bawah dan tidak kelihatan kalau tak diangkat..so..jangan coba-coba untuk angkat teko tanpa kebenaran...hahaha

No comments:

Post a Comment