Semua insan mengharapkan akan mendapat teman yang terbaik, sanggup mengharungi susah dan senang bersama. Namun pernahkah kita berfikir, adakah kita juga boleh menjadi insan terbaik seperti yang orang lain harapkan?
Saya suka dengan kata-kata hikmah yang ini, mengingatkan diri saya, andai ingin bersahabat, terima lah diri sahabat seadanya, ikhlas keranaNya kerna kita tak tahu apa akan terjadi esok hari.
" Apabila kau ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kau mungkin akan menjauhinya.... Andai kau ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kau akan membencinya.... Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kau mungkin akan memfitnahnya.... Andai kau inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya, Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kau mungkin akan menyalahkannya.... Andai kau ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa.... Jangan diharapkan sempurna, Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna... TAPI BERSAHABATLAH IKLAS KERANA ALLAH SWT..."
Saya akui, saya seorang yang sedikit pemilih dalam memilih kawan. Bukan kerana ,kecantikan, kebijaksanaan atau bla bla bla...Cukup sekadar dia seorang teman yang memahami dan menerima seadanya diri saya. Hari ini saya sentiasa gembira dikelilingi teman-teman yang saya ada...jumlahnya bukan beribu tapi cukup bermakna bila saya memerlukannya...
Friends For Ever...

Semoga anda juga akan kekal menjadi teman saya...Friends For Ever...
No comments:
Post a Comment