Kasih pada si kekwa tidak terbatas. Saya suka sangat bunga kekwa ini. Cantik. Tidak cukup hanya sekadar melihat kecantikannya. Dapat memilikinya umpama satu kepuasan. Walau emak tidak mempunyai koleksi kekwa ini dirumah, saya seringkali berpeluang menggunakan pinggan ini ketika kenduri kendara dirumah saudara mara, majlis agama di surau ataupun semasa hari raya semasa dikampung. Merahnya yang menawan pastinya akan menambat hari sesiapa saja yang memandang.

REZEKI DALAM GERIMIS
Sepanjang saya terlibat dengan PML ini, saya sering berangan-angan untuk memiliki teko Kekwa Aladin. Saya tahu memang sangat susah untuk saya memilikinya... Umpama angan-angan Mat Jenin.
Saya yang memang sudah setuju dari awal untuk berjumpa dengan Eis' di Tesco Ampang pada petang sabtu untuk mengambil beberapa barang saya saya beli darinya. Waktu itu hujan gerimis. Kalau ikutkan hati memang malas nak keluar rumah, janji punya pasal kenalah keluar juga.
Selesai urusan jual beli dan sebelum balik, Eis tunjukkan barang yang di bawanya. Katanya..`manalah tahu kalau akak berkenan'...
Terpandang saja teko aladdin, tanpa sempat berfikir samada cukup atau tak duit yang saya bawa, terus kata " Akak nak sangatttt"....
Ketawa besar Eis tengok gelagat saya waktu itu...
Terima kasih Eis sebab bagi harga yang sangat berbaloi. Maaf ya Eis...Itu je duit yang akak bawak masa tu...Kalau Eis bagitau awal, dah tentu akak siapkan hantaran seperti yang Eis mahu. Mungkin itu rezeki yang telah tertulis untuk saya....
Inilah tekonya aladin kekwa pertamaku..memang sangat cantik dipandangan mataku..
Jenis Kekwa
Kekwa Type A
Kebanyakan teko dan pinggan makan yang saya ada adalah dari jenis kekwa merah menyala ini. Jenis ini agak mudah diperolehi. Teko bulat, teko comei dan aladin yang saya ada adalah dari jenis ini.
Kekwa Type B
Kekwa Type B
Jenis ini adalah yang paling saya suka. Kuntuman kekwa nampak jelas dengan helaian kelopak bunga yang sangat cantik dan lembut dipandang. 2 teko bulat dan beberapa pinggan makan saya adalah dari jenis ini.
Jenis ini saya klasifikasikan sebagai jenis C. Sepasang cawan, OP dan piring kuih saya dari jenis ini.

REZEKI DALAM GERIMIS
Sepanjang saya terlibat dengan PML ini, saya sering berangan-angan untuk memiliki teko Kekwa Aladin. Saya tahu memang sangat susah untuk saya memilikinya... Umpama angan-angan Mat Jenin.
Saya yang memang sudah setuju dari awal untuk berjumpa dengan Eis' di Tesco Ampang pada petang sabtu untuk mengambil beberapa barang saya saya beli darinya. Waktu itu hujan gerimis. Kalau ikutkan hati memang malas nak keluar rumah, janji punya pasal kenalah keluar juga.
Selesai urusan jual beli dan sebelum balik, Eis tunjukkan barang yang di bawanya. Katanya..`manalah tahu kalau akak berkenan'...
Terpandang saja teko aladdin, tanpa sempat berfikir samada cukup atau tak duit yang saya bawa, terus kata " Akak nak sangatttt"....
Ketawa besar Eis tengok gelagat saya waktu itu...
Terima kasih Eis sebab bagi harga yang sangat berbaloi. Maaf ya Eis...Itu je duit yang akak bawak masa tu...Kalau Eis bagitau awal, dah tentu akak siapkan hantaran seperti yang Eis mahu. Mungkin itu rezeki yang telah tertulis untuk saya....
Inilah tekonya aladin kekwa pertamaku..memang sangat cantik dipandangan mataku..
Yang ini pandangan dari depan..cantik dan lentik lengannya.
Ini pula pandangan dari belakang.. Tersenyum panjang saya sepanjang malam.
Tak lama dari selepas dapat teko aladin pertama, Eis sms memaklumkan ada sebijik lagi teko aladin kekwa, bersaiz agak besar dari biasa dan berbunga penuh depan dan belakang...Hati berbicara samada nak ambil atau sebaliknya..Walaupun harga ditawarkan agak tinggi, namun ku pejamkan mata supaya tak terlepas aladin yang rare. Saya selalu teringat kata kekandaku..biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli..hehehe. Mari kita intai apa yang menarik tentang aladin paten gedabak ini.
Yang ini pandangan dari depan, bunga kembang setaman.
Pandangan dari belakang..mekar merah dalam jambangan.
Dua jenis aladin pojaan hatiku..
Antara 4 saiz OP yang saya ada.
Hanya 4 pasang cawan ML sahaja..Masih dalam mencari cawan dari bentuk yang lain.
Empat jenis teko bulat berlainan jenis kekwa.
Empat pasang cawan ML
Inilah sahaja yang ada...Masih terus mencari untuk memeriahkan ahli keluarga kekwa ini..
Sekian, untuk kali ini...
No comments:
Post a Comment