Thursday, June 16, 2011

Lama tak ke udara

Sejak dulu lagi saya memang suka menyimpan barang-barang lama yang ada nilai sentimental dalam kehidupan saya. Saya juga turut berkongsi pengalaman dengan membaca blog ramai otai-otai yang saya ikuti perkembangan PML sehingga banyak maklumat tentang PML yang saya tahu. Terima kasih kerana perkongsian ilmu yang diberikan.

Tatkala melihat PML yang saya ada...memandangnya seumpama satu kepuasan...seakan ada suatu kenangan silam yang sangat indah. Satu persatu imbauan masa silam akan melintas dalam fikiran. Saya masih teringat-ingat lagi..waktu saya kecil dulu..keluarga kami hanya sebuah keluarga yang serba kekurangan. Orang tua kami hanya bekerja kampung untuk membesarkan kami 6 beradik. Makan pakai kami hanya sekadarnya...dapat makan nasi berlaukkan ikan kembong bersama kicap pun sudah cukup untuk kami makan bertambah-tambah...Bila memandang PML ini saya akan teringat saat saya berebutkan lauk bersama kakak dan adik saya...Syahdu, sayu dan rindu...

Terkenangkannya seakan ingin kembali ke zaman kanak-kanak...tapi mana mungkin kan...kita hanya boleh menoleh kebelakang tapi tak mungkin untuk mencapai.

Lama tak bersiaran....alasan apakah yang akan saya berikan? Hidup kita jangan terlalu banyak alasan. Yang pastinya, bila penyakit `M' yang melanda, semua perkara akan tertunda. ...Kali ini rasanya nak kuatkan semangat. Biarlah blog ini menjadi catatan peribadi untuk saya..catatan suka duka sepanjang hidup saya.

No comments:

Post a Comment