Sunday, November 13, 2011

Salam Rindu

Lupakan seketika dunia PML, kali ini ku nukilkan luahan rasa hati, bila rindu datang bertandang, segalanya serba tak kena, sana sini rindu...

Lama tak bersiaran bukan kerna tiada n3 untuk dikongsi, kesibukan tugas begitu membataskan segalanya..dan dengan kesibukan ini juga telah menjemputku menjadi tetamuNya lagi..

KU bersyukur kehadrat Mu Ilahi...Ya Rabbi, AgungNya kekuasanMU, kerdilnya diriku..saat engkau menjemputku, termampu hanya kubawa dosa-dosa untuk ku persembahkan kepadaMu..Ya Allah..ampuni hambaMu yang lemah ini, yang tidak pernah sunyi melakukan kesalahan dan dosa..

Malam ini, kesepian kian menghimpit diri, pada siapa kan kuluahkan isi hati..tiada siapa disisi. Insan tersayang jauh dari pandangan..."yang jauh itu mata, yang dekat itu hati"

Saat ini diri terasa kesepian yang teramat..jauh dari insan tersayang...namun kerna jemputanNya, siapa kita yang mampu menolaknya..

Rindu itu teramat mahal harganya..tidak ternilai, bila ia tiada disisi, .ahhh....betapa egonya kita bila insan tersayang ada disisi, terucap dan terungkapkah kata-kata sayang untuknya? rindu itu bagai dihiris sembilu...Ohhh..aku benar2 rindu...

Salam rindu diangin lalu...

Rinduku

Bila rindu datang bertamu
Mengintai di balik tabir malam
tika lena diulit mimpi

Aku rindu
insan yang setia disisi
mendengar tawa dan resah jiwa
berkongsi
bukan kesempurnaan yang dicari
tetapi kita cuba saling melengkapi

Aku rindu
Menatap wajah kian dimamah usia
Belaian kasih abadi
restu memburu syurga di tapak kakimu.

Senyum mungilnya
keletah manjamu
menjadi aku semakin rindu
bila ia memanggilku ibu

Ku panjat doa dan rahmatMu
ampuni kami, rahmati kami Ya Rabbi
tika sujudku dengan air mata
Dibawah bayang kaabahMu

-Siti Raehah-

Thursday, July 14, 2011

Hancur luluh hatiku

`Harapan setinggi gunung..berderai menjadi debu..
antara lirik lagu yang menjadi kegemaran suatu ketika dulu..

Hancur luluh hatiku...

Saat saya menerima parcel dari Sarawak hati berbunga riang. Mana tidaknya, dengan kehadiran teko ini maka lengkaplah sudah koleksi teko Oriental Ceramic yang saya ada. Tak sabar nak tengok. Tengok dari cara packing memang kemas dan selamat. Tapi alangkah hancurnya hati bila saya buka.....






Hampa dan kecewa. Pada siapa nak ku rajuk....Maaf sekadar meluahkan isi hati tidak terniat untuk menyalahkan sesiapa. Saya tahu penjual sudah membalut sebaiknya, kemungkinan berlakunya kecuaian dipihak lain..apapun yang pasti...mungkin tiada rezeki untuk saya kali ini..saya redha...andai itu bukan milikku.....

Thursday, June 30, 2011

Meja kopi ku



Satu hari masa kita ke Chow kit beli barang sikit, ternampak satu kedai buat lelong. Nak tutup kedai pasal tak laku. Kita pun apa lagi...laju ler melangkah...tapi kan..ala.. tak ada apa sangat...PML yang dijual tu bukan spesis terancam dan pupus...berlambak lagi kat kedai sekitar.



Belek-punya belek dapatlah seketui acuan buat bahulu...itupun tutup elek..jadi ler dari tak dapat langsung. Sebelum beredar, ternampaklah sepasang meja ni nak jual gak...kita tengok nampak mcm menarik...keadaan pun tak ler parah sangat...apa lagi sapu ler...dapat ler dengan rega RM35 utk sepasang..hehehe..hepi juga lah.

Kata apek tu, meja ni memang jenis lama, masa dia kecik pun dah ada. Kayu nyatoh kata apek tu.
Masa apek tolong hantar meja ni ke kereta..ada ler sorang pak aji tu menghampiri kami.

`tokey...mau buang ka itu meja..kasi saya boleh...'



`aya aji..itu amoi sudah beli la...' kata apek tu.


Saya hanya tersenyum memandang...


Puas juga pakcik tu memujuk tapi saya memang sayang nak lepaskan meja tersebut. Akhirnya dengan perasaan sedikit hampa, pakcik pun mengalah. Saya pun menunjukkan lokasi kedai tersebut...mana tau kat situ ada lagi rezeki pakcik nak dapatkan barang2 lama yang diidamkan....
Saya suka bentuk meja ini. Tengok bahagian kakinya...lentik..nampak klasik sangat.

Meja ni saya letak kat luar rumah je..pasal saya cadang nak mekapkan supaya nampak cantik...gosok guna kertas pasir..tapi projek tergendala separuh jalan. Sebabnya...kayunya tersangat keras...akhirnya tak larat saya nak gosok lagi...lenguh tangan dibuatnya. Minta tolong kat En Suami...buat derk je dia...alahai.. berbelak-belak le jadinya...

Tengoklah esok lusa kalau rajin..kalau tak...nampak gaya bermekap separuh jalan la projek meja ni nampaknya...

Itu lah dia kisah si meja sisi...nak gempak je tadi...tapi sebenarnya tak menarik pun kan..kan..kann


Sampai jumpa lagi...

Sekapur Sirih Seulas Pinang


Sekapur Sirih Seulas Pinang Seulas Pinang
Diberi bekal diberi bekal buat perangsang
Pergilah intan pergilah intan pergilah sayang
Ketengah medan ketengah medan pergilah berjuang

~~~~~

Sirih junjung sirih pinang
Sirih kami susun bertingkat
Adat dijunjung pusaka dikenang
Bangsa berbudi hidup muafakat


Sirih junjung sirih pinang
Sirih kuning diberi nama
Adat dijunjung pusaka dikenang
Hidup berbudi muafakat bersama


Sinonimnya sirih dan pinang dalam kehidupan masyarakat Melayu hingga banyak pantun dan seloka yang berkaitannya. Didalamnya terserlah tingginya budi masyarakat Melayu yang menggambarkan harmoni kehidupan bermasyarakat.


Sekadar cuci mata dengan tepak siri yang saya ada. Satu lagi bekas air mawar telah di wakafkan kepada teko tembaga sebagai topinya.. boleh tengok dalam entri terdahulu.

Kalau ada umur panjang, bekas tepak sirih ini yang akan menjadi pembuka kata majlis meminang..ewah-ewah...berangan pulak ye...jauh lagi tu..anak-anak masih sekolah lagi....

Bekas Celak tembaga



Salam Jumaat yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan. Pagi yang indah ini ingin dikongsi dengan beberapa ketui bekas celak tembaga yang saya ada. Dulu saya kurang berminat untuk mejadikan bekas celak ini sebagai hiasan.
Pertengahan tahun 90an, saya banyak membeli bekas celak bersaiz kecil untuk dihadiahkan kepada teman-teman. Masa tu memang tak minat nak menyimpan. Zaman berubah dan fungsi bekas celak ini telah dipelbagaikan.
Melihat deretan bekas celak yang kemas bersusun dirumah seorang kawan, hati terpaut dan pada saya rasa terserlah kecantikan dan keunikan tersendiri dalam bekas celak ini.

Ini adalah antara bekas celak yang saya ada...






Cuma ada 4 ketui jek



Yang ni tak tau nak namakan bentuk apa...ada cermin..leh tengok senyum tu manis atau tawar..huhu
Yang ni cun gak...mcm piala...

Bentuk ni mcm bunga pahar sikit


Bekas celak ini saya letak disudut rumah dan barang ini adalah antara barang kegemaran anak-anak saya...dijadikan mangsa untuk mainan kegemarannya..apa lagi kalau bukan main jual-jual...memang laku..hehehehe


Ok...jumpa lagi.

Wednesday, June 29, 2011

Cak..cak...intai apa tu?.....






Hari ini saya nak berpantun sikit:-

Tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai tabung haji antara nampak
untuk membeli PML idaman....

Jangan sengih-sengih ya...itulah realitinya. Sejak terjebak ke kedalam kancah PML ni...(waduh-waduh..)seringkali saya terintai-intai duit dalam tabung...mana lagi kalau bukan tabung haji...demi nak meminang PML idaman...skrg ni bukan main lagi harga pinangan...mengalahkan selebriti..taraf-taraf artis gitu...

Emmm.....bilalah nak berenti dari hobi ni...en suami kat rumah pun dah mula berbunyi...camner ekkk...nak terus atau nak stop...tapi bak kata kaum kerabat PML, sekali terjebak kedalam dunia PML, susuh nak berenti...cam ada candu, ketagih selalu...


Emmmmm....renung-renungkan dan selamat beramal...Bye

Tuesday, June 21, 2011

Sekadar berkongsi cerita


Nak cerita apa ya untuk kali ini...emmm, buntu pula fikiran.

Oh ya...mencari PML ini bukan setakat di sini, kegilaan ini berterusan semasa saya menunaikan umrah tempoh hari. Umrah, umrah juga..PML takkan dilupa...Hasrat untuk mencari PML dari penjual Mak Itam tidak kesampaian. Pada musim ini, kawalan dari pihak polis sangat ketat menyebabkan kumpulan Mak Itam tidak dapat beroparasi seperti biasa...Camner pulak nak meniaga kan..tak sempat nak bentang kain dah kena cekup dengan `baladiah'...emmm...frust juga rasanya...

Sebelum pulang ke Malaysia, kumpulan kami sempat singgah di pusat membeli belah Cornish di Jeddah. Tak beli apa pun, saja cuci mata...Tiba-tiba mata terpandang ke satu arah...ehhh....mangkuk bunga bakullah...
Hati berbunga riang...ini petanda baik..manalah tau terjumpa pak din atau tureen yang cun melecun...

Tapi hampa dan kecewa....sampai kesudah.. bukan pak din, bayang mak lat pun tak muncul tiba...

Jumpa lagi...daaa...

Teko Tembaga Dapat Topi Baru

N3 kali ini berkisah tentang tekotembaga aladin pula. Teko ini saya beli di kedai 2nd hand ditepi MRR2. Masa saya beli memang teko ini tidak mempunyai penutupnya. Disebabkan cantik dan harga pun berpatutan saya pun beli. Sampai di rumah, nampak pelik pula tengok teko ini tanpa penutup. Puas saya memikirkan cara nak bagi cun.






Akhirnya, inilah sessi suai padannya..Tu dia dah jumpa....bekas untuk merenjis air mawar. Disebabkan saya ada beberapa biji bekas ini, satu daripadanya saya gunakan untuk projek ini... Senang saja..saya tenggekkan bekas air mawar ini di atasnya.














Dan...ini lah hasilnya....




Amacam...ada gaya tak....







Tayangan bersama suku sakat yang lain.

















Cukup saja untuk kali ini sehingga berjumpa di lain waktu...salam sayang...

Monday, June 20, 2011

Sterika lama



Apa saja yang ada nilai sentimental...saya suka untuk memiliki dan menyimpan....Teringat saya masa kecik kecik dulu..sebelum LLN datang kerumah...
Masa saya sekolah rendah...baju mmg ler tak penah bergosok...hehehe..terukkan..alah..budak kampung mmg lah gitu...tak rasa bersalah pun kalau pakai baju tak bergosok......tapi bila dah beso sikit...malu eh..start darjah 5 mula lah belajar gosok baju sendiri.sterika inilah yang saya gunakan untuk menggosok baju..gosok baju guna sterika arang ni memang banyak cabarannya..kalau panas sangat, alamat dapat chop mohon percumalah jawapnya...kih3x.
Inilah bentuk asal sterika yang saya ambil dari rumah di kampung..hitam legam..
Semua dalam keadaan asal cuma tak ada kelip penyangkuknya...hilang entah kemana..jenuh mencari tak berjumpa.




Yang ini pula dapat dari Amcorp...Tak pasti sama ada asli atau repro. Saiz comel je..Ada ayam jantan bertenggek lagi..huhu...




Perbandingan antara teko saiz biasa dengan saiz mini...






Yang kat bawah ni pula beli dari Eis'Antique....tengoklah rupanya....aduhai...kuss semangat...bak kata Eis... Semua bahagian pada sterika ini masih dalam keadaan asai tanpa pengubahsuaian mana2 bahagian. Condition seperti yang di lihat.. hangpa bersih kan sendiri lar..!!











Yo lah Eis.. nanti akak bersihkan ...Siap la...rendam dengan asam keping 7 hari 7 malam...lepas tu sental dengan berus dawai lagi, last sekali polishkan...mari kita saksikan hasilnya..jeng..jeng..jeng

Yang ini beli dengan Eis...Cun kan...
















Gandingan 2 pahlawan....Belakang tu sterika dari kampung...Keadaan sebenar lebih cantik dari gambar. Dalam gambar kurang cun sebab tangkap gambar guna handphone cap ayam jantan...hahaha




Hah..yang ini pulak mmg tak berani nak buat apa...Bukan apa..takut kalau rendam dengan asam keping sterika ni bertukar kaler yang mengerikan...baik tak usah ambik risiko....

Kerusi Idaman Kalbu




Lari seketika dari dunia PML...kali ini kita hayati keindahan perabut lama....ini lah di rhopanye....Cun tak???...mustilah cun kan...




Balik kampung tempohari, saya singgahlah ke kedai perabut 2nd hand di kampung...masuk2 ke kedai tu..mata terpandang kesatu sudut.....nampaklah menatang ni...ya ampunnnn.....cepat2 jumpa dengan tokey nak tanya harga....

"Ala kak...yang tu siang-siang lagi dah kena sapu...tak sempat nak turun dari lori pun... "

Huhuhuuwaaaaa...rasa mcm nak pitam dengar....sodihnya kita.....



Apa nak buat...tak ada rezeki...Bila terpandang je kerusi ni mulalah berangan..touch up sikit..tentu cun habis...berangan je lah minah ni.....

Doakan ek..suatu hari nanti kita dapat kerusi camni....Aminnnn

Blogku Berwajah Baru

Alhamdulillah...akhirnya berjaya juga saya mengubahsuai blog dari kurang bermaya menjadi sedikit ceria...cewah-cewah...perasan pulak Cik Siti Wan Kembang hari ini...masuk bakul angkat sendiri pulak...hehehe

Friday, June 17, 2011

Cemburu si Biru







Benarkah orang kata biru itu tanda cemburu? Saya tak arif dalam bidang ini...Biarkan saja pada yang cemburu...kita nikmati dulu kecantikan sipolos ini.


Set ini saya dapat dari dari merata tempat..ada dari kedai apek dan ada dari kedai. Cawan saya dapat dari kedai 2nd hand di kampung buatan Goh Ban Huat..Teko dari keluarga Oriental Ceramic...OP jenama J&G England..begitu juga cawan susu Jenama dari England sekadar menumpang kasih si biru... Pinggan jenama Johnson Brother sementara piring dari Sun Crown...inilah di koleksi caca marba yang saya ada...bercadang juga nak menambah sicantik tureen..itu pun kalau ada kemampuan masuk meminang...andai hantaran umpama meminang si Puteri Gunung Ledang...harusnya dilupakan saja mimpi ku itu...Sampai ketemu lagi...daaaa

Wind Mill Farm Yang Menawan



Kalau diikutkan hati...warna coklat adalah warna yang saya kurang gemari dan selalu berada di dalam senarai terakhir untuk saya pilih. Saya tak tahu kenapa, mungkin sebab kulit saya yang sedikit manis akan membuatkan saya sedikit tenggelam bila saya memakai baju berwarna coklat..itu hanya persepsi saya bagi menidakkan kecantikan sebenar si coklat ini.

Tapi pandangan saya telah berubah bila saya berjumpa dengan set Windmill Farm ini. Disebalik warna coklat dan corak scenary yang menawan, mana mungkin untuk saya menolak kehadirannya...ada unsur ketenangan kala menghayati gambar tersebut.

Set ini saya dapat dengan harga yang sangat berpatutan. Teko tersebut saya dapat dari Shima Qaseh Creatian yang bermurah hati sudi barter dengan saya. Terima kasih sekali lagi Shima...Kalau sudi kita barter lagi di lain kali...jangan serik ya.


Seketui cawan ini hanyalah menumpang kasih memandangkan ia telah terpisah dari keluarganya sejak kecil...kih3x



OP, creamer dan sugar pot masih dalam perjalanan dari negeri Hang Tuah. Harga 3 item itu saja 3 kali lebih tinggi dari harga set yang saya dapat....Itulah hakikat pemburu PML..ada masa kita dapat harga yang murah...ada masa kita membeli dengan harga yang tinggi...hakikat sebuah kenyataan.

Berundur untuk seketika..berjumpa dilain masa...bye

Di Sini Cintaku Bersemi




Merah dan putih....gabungan serasi yang saya sangat suka...
Saya mula jatuh cinta dengan set ini semenjak saya terjumpa pinggan makan di kedai 2nd hand di Ampang Point...tentu dah boleh agak kedai apa tu...

Bermula dengan 4 keping pinggan makan yang saya dapat, saya teruskan pencarian sehinggalah kini saya dah memiliki hampir 2 dozen pinggan. Semuanya hasil hunting dilubuk favorite saya...

Teko langsing dan cawan saya dapat dari Kak Nur Salam Sarawak...satu lagi teko masih dalam perjalanan iaitu teko labu montok...

Teko Sirip yu saya dapat hasil barter dengan Shima dari Qaseh Creation..terima kasih Shima kerana sudi barter dengan saya. Pada awalnya saya nak beli teko tersebut tetapi dimaklumkan oleh Shima teko tersebut mempunyai hairline yang sangat jelas. Akhirnya berjaya juga saya mendapat teko idaman saya. Hair line tersebut saya lupakan seketika sebab terletak di bahagian bawah dan tidak kelihatan kalau tak diangkat..so..jangan coba-coba untuk angkat teko tanpa kebenaran...hahaha

Thursday, June 16, 2011

Almari lama

Kali ini saya nak kongsikan pula projek almari lama saya. Masa mula-mula dapat almari ini...ya ampuuunnnn...memang sangat sayu dan layu..nak tengok pun selera terputus..

Inilah keadaan asal almari tersebut.



Pandangan dari depan


...

Pandangan sisi


Yang ni nak mula kerja-kerja pembersihan.



Ingat nak kekalkan papan tepi..tapi sebab keadaan dah uzur sangat....memang tak boleh diselamatkan.



Papan tepi telah dibuang..

Nota: Sila abaikan pemandangan belakang dapur yang kurang menyenangkan..hehehhehe

Ok..setakat ini dulu..nak permisi...kita tunggu episod seterusnya samada menjadi atau tidak makeover lemari ini..babai..

Cinta Si Kekwa Merah



Kasih pada si kekwa tidak terbatas. Saya suka sangat bunga kekwa ini. Cantik. Tidak cukup hanya sekadar melihat kecantikannya. Dapat memilikinya umpama satu kepuasan. Walau emak tidak mempunyai koleksi kekwa ini dirumah, saya seringkali berpeluang menggunakan pinggan ini ketika kenduri kendara dirumah saudara mara, majlis agama di surau ataupun semasa hari raya semasa dikampung. Merahnya yang menawan pastinya akan menambat hari sesiapa saja yang memandang.


Jenis Kekwa





Kekwa Type A



Kebanyakan teko dan pinggan makan yang saya ada adalah dari jenis kekwa merah menyala ini. Jenis ini agak mudah diperolehi. Teko bulat, teko comei dan aladin yang saya ada adalah dari jenis ini.


Kekwa Type B




Jenis ini adalah yang paling saya suka. Kuntuman kekwa nampak jelas dengan helaian kelopak bunga yang sangat cantik dan lembut dipandang. 2 teko bulat dan beberapa pinggan makan saya adalah dari jenis ini.





Kekwa Type C



Jenis ini saya klasifikasikan sebagai jenis C. Sepasang cawan, OP dan piring kuih saya dari jenis ini.











REZEKI DALAM GERIMIS

Sepanjang saya terlibat dengan PML ini, saya sering berangan-angan untuk memiliki teko Kekwa Aladin. Saya tahu memang sangat susah untuk saya memilikinya... Umpama angan-angan Mat Jenin.

Saya yang memang sudah setuju dari awal untuk berjumpa dengan Eis' di Tesco Ampang pada petang sabtu untuk mengambil beberapa barang saya saya beli darinya. Waktu itu hujan gerimis. Kalau ikutkan hati memang malas nak keluar rumah, janji punya pasal kenalah keluar juga.

Selesai urusan jual beli dan sebelum balik, Eis tunjukkan barang yang di bawanya. Katanya..`manalah tahu kalau akak berkenan'...
Terpandang saja teko aladdin, tanpa sempat berfikir samada cukup atau tak duit yang saya bawa, terus kata " Akak nak sangatttt"....

Ketawa besar Eis tengok gelagat saya waktu itu...

Terima kasih Eis sebab bagi harga yang sangat berbaloi. Maaf ya Eis...Itu je duit yang akak bawak masa tu...Kalau Eis bagitau awal, dah tentu akak siapkan hantaran seperti yang Eis mahu. Mungkin itu rezeki yang telah tertulis untuk saya.... 


 Inilah tekonya aladin kekwa pertamaku..memang sangat cantik dipandangan mataku..

Yang ini pandangan dari depan..cantik dan lentik lengannya.
Ini pula pandangan dari belakang.. Tersenyum panjang saya sepanjang malam.

Tak lama dari selepas dapat teko aladin pertama, Eis sms memaklumkan ada sebijik lagi teko aladin kekwa, bersaiz agak besar dari biasa dan berbunga penuh depan dan belakang...Hati berbicara samada nak ambil atau sebaliknya..Walaupun harga ditawarkan agak tinggi, namun ku  pejamkan mata supaya tak terlepas aladin yang rare. Saya selalu teringat kata kekandaku..biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli..hehehe. Mari kita intai apa yang menarik tentang aladin paten gedabak ini.

 Yang ini pandangan dari depan, bunga kembang setaman.

Pandangan dari belakang..mekar merah dalam jambangan.
Dua jenis aladin pojaan hatiku..

 Antara 4 saiz OP yang saya ada.
 Hanya 4 pasang cawan ML sahaja..Masih dalam mencari cawan dari bentuk yang lain.
 Empat jenis teko bulat berlainan jenis kekwa.
 Empat pasang cawan ML
Inilah sahaja yang ada...Masih terus mencari untuk memeriahkan ahli keluarga kekwa ini..

Sekian, untuk kali ini...